Hujan Asid


Apa itu Hujan Asid?

Pengenalan
Hujan asid terjadi apabila kandungan sulfur dioksida dan nitrogen oksida meningkat dalam udara.Pertambahan kedua-dua sebatian adalah diakibatkan oleh sumber-sumber pencemaran seperti asap industri dan bahan cemar kenderaan bermotor.

A. Kesan
1. Tumbuh-tumbuhan
- menyebabkan perubahan komposisi bahan organik dalam tanah kerana kandungan nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan akan terhakis
- mengancam mikro organisma dalam tanah
- Jejaskan proses pereputan dan penguraian bangkai haiwan dan tumbuh-tumbuhan
- musnahkan tisu daun dan mereputkan akar tumbuh-tumbuhan
- menyebabkan kerosakan hutan dan hasil tanaman

2.Kerosakan bangunan
- hujan asid merosakkan bangunan lama. Cth: Tugu Peringatan dan artifak-artifak bersejarah
- Hujan asid yang menyerap ke dalam batu bata dan gangsa alami tindak balas kimia – batu jadi reput dan gangsa terurai.
- Menjejaskan kekuatan dan kekukuhan konkrit dan cat bangunan

3. Mengancam hidupan akuatik
- bila keasidan air meningkat, bahan-bahan logam akan larut dalam air. Cth: alimunium, zink dan raksa
- Pertambahan logam –logam beracun beracun ini mengurangkan aktiviti mikrobiologi seperti zooplankton dan fitoplankton. Akibatnya bekalan makanan untuk ikan terjejas
- Hujan asid juga akan merosakkan telur-telur ikan dan jejaskan perkembangan embrionya.

4. Mengancam Kesihatan manusia
- Bila hujan asid berlaku di kawasan sungai atau tasik, bahan logam dalam tanah akan bertindakbalas dengan air berasid untuk menghasilkan pelbagai logam dan sebatian asid bertoksik.
- minuman tercemar kerana mengandungi antimoni, stanum dan plumbum yang tinggi.
- penyakit yang boleh diakibatkan oleh pencemaran air hujan asid ialah leukemia.

Kesimpulan:
Hujan asid boleh dielakkan sekira aktiviti manusia dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi dikurangkan. Semua pihak harus bertanggungjawab mengurangkan kesan hujan asid kerana implikasi kepada kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan.

0 comments:

Post a Comment